LATIHAN AMAL PENGURUSAN & RESPONS BENCANA RADIASI (EX-RAD) TAHUN 2023
Tarikh : 16 November 2023Lokasi : Persiaran Selatan, Presint 5Latihan Amal Pegurusan & Respons Bencana Radiasi (EX-RAD) anjuran Hospital Putrajaya bersama Institut Kanser Negara (IKN) telah diadakan bertempat di KM 6.2, Persiaran Selatan, Presint 5 dengan penglibatan pelbagai agensi terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya dan dibantu oleh Pasukan HAZMAT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor.Antara agensi lain yang terlibat Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Atom Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan University of Cyberjaya.Objektif utama latihan ini diadakan adalah untuk menguji kesiapsiagaan agensi utama dan sokongan serta menilai pelaksanaan prosedur operasi agensi-agensi berkaitan kemalangan bahan radioaktif. Selain itu, latih amal ini juga memfokuskan kepada jalinan kerjasama antara agensi, kaedah komunikasi dan pemahaman kawalan insiden dan bencana melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 (MKN 20).Latih amal ini telah selesai dilaksanakan dengan jayanya dan penutupan telah disempurnakan oleh *YBhg Dr. Suraya Binti Amir Husin*, Pengarah Hospital Putrajaya setelah selesai sesi post mortem dan penilaian selepas insiden (AIR) dilakukan.JBPM Putrajaya menyokong penuh usaha seperti ini bagi meningkatkan tahap pemahaman dan kemahiran anggota/ pegawai dan program seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang.