*PELAKSANAAN URINE TEST BAGI PEGAWAI DAN ANGGOTA JBPM PUTRAJAYA DAN BBP PRESINT 7 TAHUN 2023*
Tarikh : 21 November 2023
Lokasi : JBPM Putrajaya
Pelaksanaan Urine Test telah dilaksanakan bagi Pegawai dan Anggota termasuk Kakitangan Gunasama Bahagian JBPM Putrajaya dan juga BBP Presint 7 yang telah diselaras oleh Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat.Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kuala Lumpur juga dijemput untuk menjalankan pelaksanaan Urine Test bagi memastikan ujian ini dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.YS Pengarah JBPM Putrajaya juga turut hadir untuk menjalani ujian yang dijalankan bagi menunjukkan tanda sokongan bagi pelaksanaan Urine Test di dalam kalangan Penjawat Awam.