17 Januari 2023 (Selasa) – Bahagian Keselamatan Kebakaran bersama Pasukan A, BBP Presint 14 telah bersama-sama menjayakan Kempen Kesedaran Keselamatan dan Aktiviti Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) Sempena Tahun Baru Cina 2023 di Pusat Membeli-belah Alamanda, Putrajaya.
Anggota Bomba memberi pamplet kepada pengunjung di Alamanda. Serahan pamplet kepada pekerja kedai. Kempen Kesedaran Keselamatan yang diadakan di Alamanda Putrajaya. Anggota bomba turun padang menyerahkan pamplet Kempen Kesedaran Keselamatan Anggota bomba menyerahkan pamplet kepada pekerja-pekerja di kedai-kedai. Puan Murni sedang membuat pemeriksaan alat pemadam api. Puan Murni sempat beramah mesra dengan pengunjung di Alamanda Pekerja di sebuah kedai sedang membaca pamplet yang diberi oleh Pegawai Bomba. Kakitangan Bomba memberi penerangan ringkas kepada pemilik premis mengenai keselamatan kebakaran. Tuan Ammirol dan Tuan Mohamad sedang membuat pemeriksaan pada alat bantu salur mula (hose reel). Menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas premis-premis di Alamanda. Pegawai Bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan premis-premis mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.