22 Januari 2023 (Ahad) – Pada hari ini merupakan hari kedua (20-29 Januari 2023) JBPM Putrajaya menyertai aktiviti pameran sempena “Quranic Arts Festival” anjuran Yayasan Restu di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya. JBPM Putrajaya telah mempamerkan beberapa peralatan operasi kebombaan, keselamatan kebakaran dan keselamatan di air yang dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir bersama PBK II (KUP) Muhammad Najib bin Haniff, PB Faizol Izwan bin Ab Rahman dan PB Muhammad Azzim bin Mohd Derabi (BBP P14).
PBK II (KUP) Muhammad Najib memberi penerangan ringkas mengenai peralatan kebombaan. Pengunjung melihat pamplet-pamplet mengenai kebombaan. PBK II (KUP) Muhammad Najib menunjukkan cara menggunakan alat pemadam api. Tapak pameran bomba di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya. PBK II (KUP) Muhammad Najib menunjukkan jaket keselamatan kepada pengunjung. Tapak pameran bomba menarik minat kanak-kanak. PB Muhammad Azzim melihat beg bomba. PB Muhammad Azzim menunjukkan beg bomba kepada pengunjung. PB Muhammad Azzim melayan kanak-kanak yang datang ke acara tersebut. PBK II (KUP) Muhammad Najib memberi taklimat mengenai cara penyelamatan dilakukan. PBK II (KUP) Muhammad Najib memberi taklimat mengenai cara penyelamatan dilakukan. PBK II (KUP) Muhammad Najib menunjukkan cara penyelamatan dilakukan. Sambutan dari pengunjung yang datang melihat tapak pameran bomba. Pengunjung bergambar kenangan di tapak pameran bomba.