PUTRAJAYA – 4 hingga 5 Januari 2023
BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN KADET BOMBA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA
Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Kadet Bomba Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 4 hingga 5 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, JBPM Putrajaya. Seramai 12 orang pegawai yang terdiri daripada pengawai kanan dan penyelia telah terlibat dengan bengkel ini.
Pegawai dan anggota sedang Perbincangan mengenai Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Kadet Bomba. Bengkel Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Kadet Bomba yang bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, JBPM Putrajaya.