3 November 2023 telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Apresiasi JBPM Putrajaya Tahun 2023 bertempat di Engine Bay, BBP Presint 7. Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada semua kakitangan dan anggota-anggota bomba terhadap kecemerlangan dalam tugas atau bidang masing-masing dan kecemerlangan kepada kepada Jabatan khususnya.
Mengambil tema “Back To School”, majlis ini dimeriahkan dengan kakitangan dan anggota yang mengayakan baju seragam sekolah dan sekaligus dapat mengimbau kenangan di zaman persekolahan mereka.
Antara pengisian majlis ini adalah Bacaan Ikrar Rukun Negara, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Persembahan, Penyampaian hadiah dan Sijil. Selain itu, satu slot khas menyatakan solidariti terhadap palestin diadakan sebagai tanda kebersamaan dalam menyokong nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan menerapkan kesedaran, simpati serta nilai-nilai kemanusiaan.
JBPM Putrajaya juga turut melancarkan Tabung Solidariti JBPM Putrajaya bagi membantu umat Islam di Palestin yang terkesan dengan kekejaman lsrael.