JBPM Putrajaya – 14 Disember 2023 ( Khamis)
UNDANGAN BUAL BICARA SECARA PANGGILAN VIDEO BERSAMA MALAYSIA HARI INI
Stesen Televisyen TV3 telah mengundang Penyelia dan Pegawai Bomba yang terlibat di dalam Operasi Penyelamatan seekor kucing di Perumahan Apartmen LARAI Presint 5 Putrajaya yang telah tular didalam media sosial ke Program bual bicara Malaysia Hari Ini(MHI) bagi berkongsikan tentang kejadian tersebut. Sesi bual bicara bersama PBK I (KUP) Khairel Azman bin Not dan PB Elvin bin Milin secara atas talian tersebut telah berlangsung bertempat di Perkarangan Bay Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya dengan menggunakan medium Google Meet.