Pada 12 Disember 2023, YS Pengarah JBPM Putrajaya, PgKB I Ashari bin Johari telah dijemput sebagai Panel Jemputan Bersama ke Majlis Mesra Perbadanan Putrajaya Bersama Komuniti (Town Hall) di Dewan Utama, Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Majlis ini diadakan di Dewan Utama, Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya bermula dari jam 8.00 malam sehingga 10.30 malam. Tujuan program yang berlangsung secara santai ini adalah untuk mendapatkan pandangan, maklumbalas dan cadangan daripada pemegang taruh khususnya pemimpin-pemimpin komuniti Putrajaya berkenaan penyampaian perkhidmatan Perbadanan Putrajaya dan agensi-agensi berkaitan.