JBPM Putrajaya – 14 Disember 2023 ( Khamis)Majlis Pecah Tanah Pembinaaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya yang disempurnakan oleh YBhg Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) telah berlangsung bertempat di Auditorium Hospital Putrajaya Lobi Pentadbiran , Aras LG. Pembangunan bangunan surau berkapisiti 1000 org jemaah pada satu- satu masa ini juga bakal memberikan manfaat kepada staf dan pelawat Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Negara(IKN) .YS Pengarah JBPM Putrajaya turut hadir menyaksikan sendiri upacara pecah tanah tapak Surau Ibnu Sina berhadapan Blok Utama Hospital Putrajaya.