Pada 11 April 2023 bersamaan 20 Ramadhan 1444H, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan satu Program Memasak Bubur Lambuk di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 Putrajaya. Program ini terdiri daripada pegawai kanan lain-lain pangkat dari Ibu Pejabat JBPM, JBPM Putrajaya, anggota BBP Presint 7 dan BBP Presint 14, dan juga kakitangan gunasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya.
Bergotong-royong untuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Suasana rewang di perkarangan Hose Tower Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. Puan Dianty memberi penerangan kepada anggota balai untuk penyediaan bubur lambuk. Pegawai dan anggota menyiapkan persiapan untuk memasak bubur lambuk. Puan Suhada sedang memotong bunga kantan. Aktiviti memasak bubur lambuk dapat mewujudkan semangat bekerjasama di kalangan pegawai dan anggota bomba. Penolong Pengarah Operasi, Mohd Afizi turut serta membantu memasak bubur lambuk. Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin dan isteri beliau Datin Latifah turut membantu memasak bubur lambuk. Semua anggota bergilir-gilir mengacau bubur lambuk. Dato Norazam turun padang melihat aktiviti memasak bubur lambuk. Bubur lambuk disediakan oleh kakitangan bomba. Sesi membungkus dan agihan bubur lambuk.