21 Mac 2023, Putrajaya – Satu Majlis Bacaan Surah Yassin telah berlangsung di Dewan Sutera, JBPM Putrajaya. YS Pengarah bersama-sama Ketua Balai dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan turut hadir bersama anggota Balai BBP Presint 7 dan Presint 14. Majlis anjuran BBP Presint 7 ini diadakan sempena menyambut kehadiran Bulan Ramadhan 1444 Hijrah.
Bacaan Yassin diketuai oleh PBK II Mohd Ayub Bin Ab Wahab. YS Pengarah dan pegawai-pegawai kanan turut serta dalam majlis tersebut. Pegawai dan anggota sedang membaca Yassin. Dewan Sutera dipenuhi dengan pegawai-pegawai dan anggota untuk bacaan Yassin. Antara Pegawai-pegawai kanan dan anggota yang hadir di dalam majlis tersebut. Pegawai-pegawai wanita JBPM Putrajaya turut serta dalam bacaan Yassin.