Putrajaya – 1 Disember 2023 ( Jumaat)
Majlis Lawatan Kerja Rasmi YAS Dato Sri Abdul Wahab Bin Hj Mat Yasin telah berlangsung bertempat di Bay Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya. YS Pengarah bersama2 Penolong2 Pengarah Bahagian menyambut Ketibaan YAS Dato Sri Abdul Wahab Bin Hj Mat Yasin di Lobi JBPM Putrajaya, Majlis dimulakan dengan menandatangani Buku Pelawat.Seterusnya YAS Dato Sri sempat meninjau Dewan Sutera yang sedang dinaiktaraf dan terus ke Bay BBP Presint 7, acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa serta iringan doa. Acara diteruskan lagi dengan Ucapan Aluan oleh YS PgKB I Ashari Bin Johari Pengarah JBPM putrajaya dan diikuti dengan Tayangan Montaj YAS Dato Sri Sepanjang beliau bertugas di Jabatan Bomba da Penyelamat Malaysia selama lebih 35 Tahun. Selanjutnya diteruskan dengan Ucapan YAS Dato Sri, antara perkongsian dan pesanan beliau kepada semua warga kerja JBPM Putrajaya agar terus aktif dan bermesra bersama masyarakat dan pemimpin untuk melonjakkan dan menjaga nama baik JBPM Putrajaya, terutama dikalangan stakeholders serta beliau memberi nasihat agar sentiasa bekerjasama dan patuh kepada ketua, pada masa yang sama tidak menindas sesama sendiri. Seluruh Warga Kerja JBPM Putrajaya mendoakan YAS Dato Sri serta keluarga diberikan kesejahteraan dan dilindungi Allah S.W.T. Selamat Bersara YAS Dato Sri Abdul Wahab Bin Hj Mat Yasin.