Pada 7 Disember 2023, bertempat di Engine Bay BBP Presint 7 telah diadakan Majlis Dialog YS Pengarah Bersama Pegawai dan Anggota JBPM Putrajaya. Dalam program yang sama YS PgKB I Ashari bin Johari, Pengarah JBPM Putrajaya turut membuat kits inspection yang turut dihadiri oleh Penolong-penolong Pengarah Bahagian, pegawai-pegawai, kakitangan gunasama dan anggota-anggota balai. Kit Inspection ini adalah bertujuan memastikan kesiapsiagaan kelengkapan peralatan untuk setiap anggota sekiranya berlaku kecemasan dan bencana.
Setelah selesai Kits Inspection, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Dialog di mana pegawai-pegawai dan anggota diberi peluang untuk mengutarakan soalan dan membincangkan isu dan cadangan serta perkara-perkara berbangkit kepada YS Pengarah. Dengan adanya sesi dialog sebegini, diharapkan penyampaian perkhidmatan dan pengoperasian JBPM Putrajaya sentiasa berkualiti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.