JBPM Putrajaya- 30 November 2023- ( Khamis )
Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berlangsung bertempat di Dewan Metropolitan JBPM Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YAS Dato Sri Abdul Wahab Bin Hj Mat Yasin Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Seramai 8 orang Pegawai dari JBPM Putrajaya dari keseluruhan 41 orang pegawai kanan dan pegawai lain-lain pangkat dari seluruh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah di anugerahkan Pingat Jasa Bomba
(PJB) dan Pingat Cemerlang Bomba(PCB) di dalam Majlis tersebut. Tahniah kepada semua penerima dan semoga dengan penganugerahan ini akan meningkatkan lagi kecemerlangan JBPM Putrajaya.
2