Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya berbesar hati untuk turut serta sebagai pempamer Sempena Festival Cahaya Atas Cahaya yang dianjurkan oleh Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya bermula 15 hingga 16 Februari 2025.
Pameran ini menjadi platform penting untuk mendidik orang awam mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran, teknik menyelamat, serta kepentingan kesiapsiagaan dalam menghadapi kecemasan.




