YS Pengarah JBPM W.P. Putrajaya, PgKB I Abdul Manaf Bin Che Isa, bersama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14, PPgB Dianty Binti Hussain, telah mengadakan lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14. Mereka telah disambut oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran, dalam menyokong Festival Cahaya Atas Cahaya yang berlangsung dari 1 hingga 15 Februari 2025.






