10 Februari 2025 (Isnin) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya berbesar hati untuk turut serta sebagai pempamer dalam Hari Kastam Sedunia Ke-43 Tahun 2025, yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC). Majlis ini dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri II Malaysia, dengan tema “Customs Delivering on its Commitments to Efficiency, Security and Prosperity.”
Sebagai sebuah agensi utama dalam aspek keselamatan kebakaran dan penyelamatan, JBPM Putrajaya komited dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan kebakaran serta keselamatan di air. Pameran ini menjadi platform penting untuk mendidik orang awam mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran, teknik menyelamat, serta kepentingan kesiapsiagaan dalam menghadapi kecemasan.







