28-31 Mei 2023 – JBPM Negeri Pulau Pinang telah dilantik sebagai tuan rumah bagi South East Asian Nations Drowning Prevention Capacity Building Workshop and Conference yang disertai oleh 12 delegasi dari pelbagai negara.
Diantara negara yang menyertai program ini ialah Australia, Bangladesh, Brunei, Indonesia, Japan, Korea, Filipina, Singapura, Thailand, United Kingdom, Vietnam dan Switzerland.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan(KPKT), Life Saving Society Malaysia, Royal Life Saving Australia & WHO. Program dirasmikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri KPKT.
Program ini dilaksanakan bagi memudahkan perkongsian maklumat, memupuk kesedaran dan keupayaan serta penekanan kepada strategi untuk mengurangkan insiden lemas yang berlaku di negara-negara ASEAN.