BATU KAWAN, 10 Mei 2023 – YS PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JBPM Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Dato’ Seri Haji Wan Mohd Nor, JBPM Negeri Pulau Pinang.
Majlis bermula jam 12.00 tengahari dengan dihadiri oleh YB Goh Choon Aik, ADUN Bukit Tambun, YB H’ng Mooi Lye, ADUN Jawi, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota-Angota Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang.
Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim antara agensi kerajaan dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri.