MURAL ‘BEACON OF HOPE’

5 Jun 2023 -Pengorbanan dan komitmen pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diabadikan menerusi sebuah lukisan mural pada dinding bersebelahan lorong Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai yang merupakan balai bomba tertua di negara.

Mural ‘Beacon Of Hope’ dirasmikan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota; Daniel Gooi Zi Sen; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran; Pengarah JBPM Pulau Pinang, Saadon Moktar; Timbalan Pengarah JBPM Pulau Pinang, Ts. Zulfahmi Sutaji; Ketua Pegawai Eksekutif The Learning Kingdom Education, Dr. Lee Eng Wah dan pelukis mural ‘Beacon Of Hope’, Tam Yaw Thyn.

Projek mural JBPM paling berprestij ini diilhamkan oleh PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang dan seterusnya direalisasikan hasil kerjasama CSR yang hebat bersama Assoc Prof Dr Lee Eng Wah dari NGO The Learning Kingdom Education.

Mural ini bukan sekadar menjadi karya seni yang indah, tetapi juga mempunyai tujuan yang mendalam dan sememangnya menceritakan dunia BOMBA Mural sepanjang 100-meter menjadi mural BOMBA terpanjang di Malaysia dengan mengambil masa 20 hari untuk disiapkan.

Bertemakan ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’ sebagai asas, setiap goresan cat menggambarkan aktiviti, suka duka BOMBA serta pengorbanan dan kesanggupan melebihi segalanya dalam menghadapi bahaya hingga terkorban. Ini adalah salah satu bentuk penghormatan dan penghargaan kepada mereka yang sangat berdedikasi dalam menjaga keselamatan kita. Lebih daripada sekadar karya seni, mural ini juga mampu menjadi aset penting bagi Negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan, khususnya sebagai kawasan warisan budaya dan sejarah. Ia dilihat dapat menjadi nilai tambah dalam landskap negeri dan memberikan pengalaman unik kepada pelancong dari seluruh dunia.

Harapan agar mural ini menjadi keutamaan dalam penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan seninya agar mesej tersirat terus menyala sebagai simbol harapan dan penghargaan kepada anggota.

351963678 3556421831347221 4908986555667347707 n

352280765 809666330773174 7448316055168969899 n

352234993 567508305565785 8925748176201171085 n

352173850 665209782083386 8766233045691829217 n

352061967 660369375911729 3365759709142299238 n

SUMBER:https://www.facebook.com/JBPMPenang.Official

 

English EN Malay MS
Skip to content