376874675 672367954990020 553291458783262053 n

MAJLIS PERBARISAN PENGHARGAAN PENGARAH JBPM NEGERI PULAU PINANG

BATU KAWAN, 21.9.2023: Majlis Perbarisan Penghargaan YS PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang serta isteri, YBrs. Puan Hayati binti Hj. Mohd Noor selaku Pengerusi PERISMA Negeri Pulau Pinang telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang sempena hari terakhir perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam yang akan bersara wajib bermula 22 September 2023 (Jumaat).

376522926 672368348323314 7201683609652010555 n Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JBPM serta beberapa Pengarah Bahagian dan Pengarah Bomba Negeri berdekatan.

 

377764230 672369364989879 6727015557910919296 n
YS PKPjB Saadon dan isteri turut diraikan dalam Majlis Perbarisan Penghargaan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang bagi menerima tabik hormat dan melakukan pemeriksaan Perbarisan Kehormat yang terakhir.

376877073 672368974989918 1144691377498297116 n

382966451 672367331656749 3560291297195281661 n
Seluruh warga Bomba ingin mengucapkan setinggi terima kasih di atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti YS PKPjB Saadon bin Moktar sepanjang bertugas bersama Jabatan.

Semoga YS Tuan diberi kesihatan yang berpanjangan dan berbahagia di samping keluarga tercinta dalam menjalani kehidupan selepas bersara kelak

English EN Malay MS
Skip to content