Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra
28 Julai 2023 (Jumaat)YAS Dato Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM meluangkan masa berjumpa dengan warga JBPM Negeri Pulau Pinang dalam siri lawatan rasmi beliau ke negeri-negeri.
Beliau memberi nasihat, semangat dan berkongsi idea dalam memajukan jabatan dan kekal relevan di mata masyarakat. Perjumpaan ini mungkin yang terakhir kali apabila beliau akan menamatkan perkhidmatan pada 20 Ogos 2023.
JBPM Negeri Pulau Pinang mengucapakan selamat maju jaya kepada YAS Dato dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.