KONVENSYEN PASUKAN BOMBA SUKARELA ZON UTARA TAHUN 2023
10 Oktober 2023 – Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela Zon Utara Tahun 2023 telah berlangsung di White Resort Camp, Balik Pulau , Pulau Pinang. Konvensyen ini membabitkan Pasukan Bomba Sukarela dari Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi ) JBPM.
Majlis turut dihadiri YAS Dato’ Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, YS PKPjB Awang Hidzel bin Awang Bujang, Pengarah JBPM Negeri Kedah, YS PgKB I Mohd Zaidi bin Hj. Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Perlis, PPjB Zulfahmi bin Sutaji, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang serta PgKB I Sabarodzi Bin Hj . Nor Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat , JBPM Negeri Perak.