BATU KAWAN, 21.9.2023: Majlis Perbarisan Penghargaan YS PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang serta isteri, YBrs. Puan Hayati binti Hj. Mohd Noor selaku Pengerusi PERISMA Negeri Pulau Pinang telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang sempena hari terakhir perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam yang akan bersara wajib bermula 22 September 2023 (Jumaat).



Semoga YS Tuan diberi kesihatan yang berpanjangan dan berbahagia di samping keluarga tercinta dalam menjalani kehidupan selepas bersara kelak