27 Julai 2023 (Khamis)- Bertempat di PICCA Convention Center @ Butterworth Arena telah diadakan Seminar Keselamatan Kebakaran peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang. Seminar ini melibatkan seramai 900 orang peserta terdiri daripada kalangan Arkitek, Konsultan, Fire Kontraktor, ERT, pemilik premis dan badan terlibat berkaitan Fire Safety di seluruh Negeri Pulau Pinang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM; YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang; YS PKPjB Saadon bin Moktar dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.