30 Jun 2024 – YS Pengarah, PKPjB Puan Sayani binti Haji Saidon, telah menziarahi keluarga Allahyarham PPgB Mohd Fakrul Radzi bin Bemawi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu, yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Jun 2024, jam 5.06 pagi.
Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Panchor, Pantai Remis, Perak. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
Turut hadir dalam ziarah ini adalah Pegawai-Pegawai Kanan Ibu Pejabat, Ketua Zon 2, Ketua-Ketua Balai, serta anggota-anggota balai yang berdekatan.
Kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga urusan pengkebumian beliau dipermudahkan, dan rohnya ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah.