27 Jun 2024 – Hari terakhir sesi temuduga Pegawai Bomba Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh. Temuduga diadakan selama 3 hari bermula pada 25,26 dan 27 Jun 2024 panel pemilihan temuduga di ketuai PgKB I Sabarodzi bin Hj Nor Ahmad Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak.Tahniah diucapkan kepada calon yang terpilih.
YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak turut hadir bagi meninjau sesi Temuduga Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) JBPM Negeri Perak. Temuduga tersebut telah bermula sejak 25 Jun 2024 (Selasa) dan berakhir pada 27 Jun 2024 (Khamis).
Manakala pada 25 Jun 2024 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Hari pertama berlangsung ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi pengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) tahun 2024 bermula 25 Jun hingga 27 Jun 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak.