TAPAH, 14 JULAI 2024 – YS Pengarah, PKPjB Sayani binti Haji Saidon telah merasmikan Majlis Penutupan Ekspedisi Gunung Batu Putih yang dianjurkan oleh Pejabat Zon 4 dengan kerjasama NGO, LabiLabiHikers.
Ekspedisi ini berfungsi sebagai platform latihan teori dan praktikal bagi para peserta, terutama Pegawai dan Anggota, untuk meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani sebarang situasi kecemasan, terutamanya dalam operasi penyelamatan di kawasan pergunungan.
Ekspedisi yang berlangsung selama dua hari, dari 13 hingga 14 Julai 2024, telah melibatkan penyertaan seramai 100 orang, termasuk Ketua Zon 4, PgKB II Khairil Adli bin Zakaria, Pegawai Kanan di Zon dan MGP JBPM Negeri Perak, serta Anggota dari balai-balai di bawah Zon 4. Turut serta dalam ekspedisi ini adalah ahli-ahli dari Kelab LabiLabiHikers.