31 Ogos 2022 – RABU : JBPM Negeri Perak adalah antara kontigen yang telah menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 Tahun 2022 peringkat negeri Perak. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke sambutan tersebut di Dewan Bandaran Ipoh di sini. Selain menyertai perbarisan, JBPM Perak turut mempamerkan aset-aset jabatan semasa perarakan. Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan turut sama bagi meraikan di majlis tersebut.









