25 Ogos 2022 : KHAMIS : Mesyuarat Ketua-Ketua Balai Bil 2/2022 telah diadakan bermula pada 24-25 Ogos 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Dato’ Soiman, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman ini telah disertai oleh Timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon dan Ketua-Ketua Balai seluruh negeri Perak.







