ANUGERAH WIRA NEGARA NEGERI PERAK TAHUN 2022

31 Ogos 2022 – RABU :

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan kurnia sumbangan sebagai penghargaan kepada jasa dan bakti wira negara yang menetap di negeri Perak. Seramai 4 orang pesara dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak telah dianugerahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan di Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perak. Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman turut hadir bagi meraikan penerima-penerima. Pesara Bomba tersebut adalah:

  1. Encik Abdul Rahim bin Saari – Pesara Ketua Balai, BBP Tanjong Malim
  2. Encik Mohd Nadzir bin Abd Razak – Pesara Ketua Balai, BBP Ayer Tawar
  3. Encik Anuar bin Jamaludin – Pesara BBP Pantai Remis
  4. Encik Mohamad bin Ibrahim – Pesara, BBP Batu Gajah

    Tahniah kepada semua penerima.

pesara05
pesara01
pesara04
pesara03
pesara02

English EN Malay MS
Skip to content