IPOH, 18 Jun 2024 – Program Ibadah Qurban Ibu Pejabat JBPM Perak Dengan kerjasama Madrasah Tahfiz Ashabus Suffah telah berjaya dilangsungkan dengan meriah di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya. Program itu diusaha bagi merapatkan lagi kerjasama antara JBPM Negeri. Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon yang turut hadir pada sesi pemotongan, pembungkusan dan pengedaran daging Qurban. Di samping itu, Sayani berkata, Program Ibadah Qurban ini juga sebagai usaha merapatkan lagi kerjasama antara JBPM Negeri bersama Madrasah Tahfiz Ashabus Suffah.
Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan sesi penyembelihan dan melapah oleh pegawai, anggota dan wakil dari Madrasah yang terlibat. Sebanyak 5 ekor lembu Qurban yang diusahakan dalam program itu.
