TELUK INTAN, 14 JUN 2024: YB Tuan Nga Kor Ming (YBKM), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bomba Junior, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang diadakan di SJK (C) San Min No.1 dan No.2.
Penubuhan pasukan ini adalah bertujuan bagi menghayati dan mengamalkan ilmu kebombaan, memupuk budaya keselamatan, kesedaran bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan di peringkat awal dengan visi adalah menjadi pasukan beruniform yang berprestasi tinggi di peringkat sekolah dan Misi adalah menerapkan nilai-nilai kebombaan dalam kalangan pelajar untuk membudayakan suasana persekitaran yang selamat.
Hadir sama dalam majlis ini adalah YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Encik Ithnin bin Mahadi, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.Dalam majlis tersebut, sebanyak lima (5) buah sekolah menjadi perintis kepada penubuhan Bomba Junior iaitu SK Simpang Empat, Hutan Melintang, SK Dato’ Sagor, Kampong Gajah, SJK (C) San Min No.1, SJK (C) San Min No.2 dan SJK (T) Tapah, Tapah.