28 Februari 2023 – SELASA : Majlis Perhimpuan Bulanan bagi bulan Februari Tahun 2023 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah diadakan di Dewan Premier Dato Sri Ts Mohammad Hamdan dan telah disempurnakan oleh YS PKPjB Azmi bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian, Ketua- Ketua Zon dan Ketua- Ketua Balai.
Di majlis tersebut turut diadakan majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada 11 penerima Jawatankuasa Spesifikasi dan Sebutharga, Pemakaian Tanda Pangkat kepada pegawai Gred KB32 (KUP), pegawai Gred KB26 (KUP) dan pegawai Gred KB24 (KUP) yang melibatkan seramai 43 penerima.
Majlis turut diselitkan dengan majlis Serah Tugas bagi Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Perak yang pegawai yang berpindah keluar kepada dan masuk.



















