11 Mac 2023 – SABTU : Pada hari ini telah dilangsungkan Majlis Perasmian BBP Tambun yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim . Kehadiran beliau telah disambut oleh Menteri KPKT, YB Tuan Nga Kor Ming, Timbalan Menteri KPKT, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ketua Setiausaha KPKT, Dato M Nor Azman bin Taib, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yasin, pegawai-pegawai tertinggi jabatan dan pegawai-pegawai kanan JBPM Perak.
Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan bahawa BBP Tambun telah dinaiktaraf dari balai kelas D kepada balai kelas C. Majlis juga telah dihidangkan dengan pertunjukan penyelamatan dan udara oleh anggota dan pegawai.