MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIGEN BOLA TAMPAR MAKSAK PERAK

23 Februari 2023 – KHAMIS : Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Pasukan Bola Tampar MAKSAK Perak ke Kejohanan Bola Tampar MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2023 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak kepada Kontijen Pasukan Bola Tampar MAKSAK Perak. Turut sama di majlis tersebut, PPjB Jamri bin Masran, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak, PgKB I Sabarodzi bin Hj. Nor Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran selaku Penolong Pengurus Pasukan, PgKB II Esmadi bin Mohd Saufi, Setiausaha PERSKEB JBPM Negeri Perak.

Kejohanan Bola Tampar MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2023 yang bakal berlangsung pada 23 hingga 26hb Februari 2023 bertempat di Stadium Paroi Negeri Sembilan yang merupakan kejohanan pembukaan pada tahun ini. Pasukan MAKSAK Negeri Perak melibatkan seramai 35 pemain lelaki dan 15 orang pemain wanita yang dipilih pada 29 Januari 2023 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara. Peserta yang hadir pada sesi pemilihan terdiri dari Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Manjung, UiTM Seri Iskandar, USPI Tanjung Malim, Pejabat Tanah dan Daerah Perak Tengah, Kolej Profesional Mara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan agensi- agensi lain.

maksak
maksak01
maksak02
maksak03
maksak04
maksak05
maksak06
maksak07
maksak08
maksak09
maksak10
English EN Malay MS
Skip to content