MAJLIS PENYERAHAN JUADAH HARI RAYA KEPADA PASUKAN BADAN BERUNIFORM TAHUN 2023

12 April 2023 – RABU : Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman hari ini telah menghadiri Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Kepada Pasukan Badan Beruniform di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad. Beliau dalam ucapannya menghargai jasa dan pengorbanan pasukan ini dalam berjuang berkorban masa dan nyawa demi tanah air tercinta.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Barangan yang dibekalkan di dalam kotak juadah raya adalah rendang tok, dodol, beras Basmathi dan kopi.

kuih01
kuih02
kuih04
kuih03
kuih05
kuih06
English EN Malay MS
Skip to content