01 Jun 2023 – KHAMIS : Majlis Perbarisan Penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah diadakan di Ibu Pejabat, JBPM Negeri Perak hari ini bagi meraikan persaraan Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman yang bersara wajib pada 02 Jun 2023. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Timbalan Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah-pengarah JBPM Negeri, Pengarah-pengarah Bahagian JBPM dan Wakil. Turut dilangsungkan adalah Majlis Serah Tugas Pengarah JBPM Negeri Perak di antara PKPjB Azmi bin Osman dan pengganti beliau, PKPjB Sayani binti Haji Saidon yang dilangsungkan di Dewan Premier Dato’ Ts. Mohammad Hamdan.


















