02 Jun 2023 – JUMAAT – Satu Majlis Hormat Pengarah JBPM Negeri Perak telah diadakan pada hari ini di padang kawad Ibu Pejabat, JBPM Negeri Perak bagi menyambut kehadiran Pengarah JBPM Perak yang baharu, YS PKPjB Sayani binti Saidon yang menggantikan YS PKPjB Azmi bin Osman yang bersara wajib mulai 02 Jun 2023. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah JBPM Perak, PPjB Jamri bin Masran, Penolong Pengarah Bahagian-bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai, Ketua-ketua Cawangan dan seluruh pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.









