19 Mei 2023 – JUMAAT : Program ” A Day With Bomba” anjuran bersama Adun Pasir Bendamar dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Dan Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur telah diadakan bertempat di Dewan Tasik Bendamar, Teluk Intan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YS PKPjB Azmi bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak Dan Ketua Zon 4 Perak serta pegawai Zon 4 Perak.









