23 Julai 2024, Tronoh – Satu majlis penyerahan bendera Pasukan Ragbi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Utara, Tronoh. Pasukan ini akan menyertai Kejohanan Ragbi Bomba 10s yang dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 28 Julai 2024 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Terengganu.
Majlis penyerahan bendera tersebut telah disempurnakan oleh YS PKPjB Sayani Binti Haji Saidon PMP,, AMK,, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak.
Majlis ini turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) I, Encik Sabarodzi bin Haji Nor Ahmad, yang juga bertindak sebagai Pengurus Pasukan; Penolong Pengarah Bahagian Latihan, PgKB II, Encik Mohd Firdaus bin Daud; serta Setiausaha Persatuan Sukan Kebajikan (PERSKEB) JBPM Negeri Perak, PgKB II, Encik Mohd Esmadi bin Mohd Saufi.