TELUK INTAN, 23 JULAI 2024: YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), telah mengadakan lawatan rasmi ke Projek Naik Taraf Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Perak.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YAS Dato’ Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta pegawai-pegawai kanan dari KPKT dan JBPM.