MAJLIS PERASMIAN AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH UTARA, TRONOH, PERAK

TRONOH, 23 Julai 2024 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 10.30 pagi disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin serta YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid; Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; Yang DiPertua Dewan Negeri, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid dan isteri, Yang Berbahagia Datin Aznee binti Abu Samah; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan isteri, Yang Berbahagia Datin Che Fauziah binti Ahmad, serta Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira M Noor Azman bin Taib.

Selain itu, turut hadir ialah YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; Yang Amat Setia Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YB Ahli-Ahli Dewan Negeri; Orang Besar-Orang Besar Jajahan serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Pada majlis tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian ABPM Wilayah Utara. Baginda kemudiannya dipersembahkan dengan demonstrasi operasi penyelamatan Road Traffic Accident (RTA) dan operasi mencari serta menyelamat di air oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB). Demonstrasi tersebut mempamerkan keupayaan pasukan khas serta aset jabatan yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk digunakan dalam operasi penyelamatan tertentu. Usai majlis perasmian, baginda dibawa melawat ruang pameran sebelum berangkat pulang.

Dalam perkembangan berkaitan, ABPM Wilayah Utara yang dibina di atas tanah seluas 111 ekar ini dilengkapi dengan blok pentadbiran, bilik kuliah, padang kawad, garaj kenderaan, blok asrama, dewan makan serta surau, dengan kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM40 juta. Akademi ini telah siap dibina pada tahun 2014 dan kini beroperasi sepenuhnya dengan kekuatan kakitangan seramai 50 orang pegawai yang diketuai oleh seorang Komandan.

Kini, ABPM Wilayah Utara turut dilengkapi fasiliti seperti simulator Compartment Fire Behaviour Training (CFBT), Breathing Apparatus Training Gallery (BATG), rel keretapi, dan simulator Gas Spill. Selain itu, akademi ini menawarkan latihan penyelamatan di air termasuk kursus pengendalian bot dan pemantapan latihan bagi pasukan khas PPDA dengan memanfaatkan kemudahan lombong yang sedia ada di sini.

fram2
toto togel scatter mahjong cie4d sakutoto onictoto toto slot pengeluaran macau data sdy slot thailand situs toto slot zeus situs toto toto slot pawpaw4d Toto macau onictoto cie4d vartoto vartoto sakutoto public88 https://casitasdelasierra.com/ situs toto rans303 https://www.thistlechangeyou.com/ nasatoto bumispin pengeluaran macau Scatter Hitam situs toto Situs Toto live sdy live hk lotto data hk lotto ADASLOT slot 4d slot gacor kedai168 hoki138 Slot Online https://kemenpppa.com/ situs toto situs toto xtoto toto slot slot88 slot toto

slot bola

situs slot gacor slot qris toto togel toto togel slot88 toto slot toto macau situs toto vartoto slot toto slot gacor slot gacor keluaran macau mixparlay slot gacor slot gopay
Skip to content