25 Julai 2023 – SELASA : Pada hari ini Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Sayani binti Hj Saidon telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Gerik. Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Balai, PPgB Mohd Azizan bin Aziz dan krew bertugas. Dalam lawatan tersebut, beliau telah meninjau perkembangan balai, kesiapsiagaan anggota serta beramah mesra dengan anggota di balai berkenaan.












