16 Julai 2023 – AHAD : Pada hari ini, Pengarah JBPM Negeri Perak, YS Sayani binti Hj Saidon telah meluangkan masa untuk hadir bagi Majlis Perlancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya 10.00 pagi ini. Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.
Terdahulu seawal jam 6 pagi tadi, ribuan peserta 6,600 Langkah Perpaduan mula memenuhi venue itu bagi menyertai program yang dirasmikan pelepasannya oleh Fahmi pada jam 7.30 pagi ini.









