LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JBPM

4 Ogos 2023 – JUMAAT : Pada hari ini YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM meluangkan masa berjumpa dengan warga JBPM Negeri Perak dalam siri lawatan rasmi beliau ke negeri-negeri. YAS Dato’ memberi nasihat, semangat dan berkongsi idea dalam memajukan jabatan dan kekal relevan di mata masyarakat. Perjumpaan ini mungkin yang terakhir kali apabila beliau akan menamatkan perkhidmatan pada 20 Ogos 2023. YS Pengarah JBPM Negeri Perak, PKPjB Sayani binti Saidon memberikan ucapan alu-aluan serta mewakili seluruh pegawai dan kakitangan JBPM Negeri Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada YAS Dato’ dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

edwin01
edwin03
edwin04
edwin02
edwin05
edwin06
edwin08
edwin07
edwin09
edwin11
edwin14
edwin13
edwin12
edwin10
English EN Malay MS
Skip to content