Pada 28 Februari 2025 (Jumaat), telah berlangsung dengan penuh hormat dan penghargaan Majlis Perpisahan TPgB II Ab Halim bin Kamis, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan bagi meraikan jasa dan bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan yang penuh dedikasi dan komitmen.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan serta kenangan manis bersama Tuan Ab Halim. Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai yang bersama-sama memeriahkan majlis.
Suasana majlis begitu meriah dan penuh emosi, dengan rakan-rakan seperjuangan berkongsi kata-kata semangat, penghargaan dan kenangan bersama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Warga Kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Ab Halim bin Kamis atas segala jasa dan sumbangan beliau. Semoga Tuan Ab Halim terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.



















