Pada 4 Mac 2025 (Selasa), YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan.
Kunjungan ini disambut mesra oleh Puan Ku Hayati binti Ku Haron, Pengarah Pendakwaan Negeri, Negeri Sembilan. Perbincangan yang berlangsung membuka ruang kerjasama strategik dalam memperkukuhkan aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Semoga hubungan erat ini terus terjalin demi memastikan khidmat terbaik kepada masyarakat serta mempertingkatkan kecekapan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab bersama






