Pada 27 Februari 2025 (Khamis), telah berlangsung Majlis Perpisahan dan Penghargaan buat PPgB Muhammad Khairul Izzuan Bin Othman dari Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan yang akan berpindah ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, sebagai tanda penghargaan atas jasa, komitmen, dan dedikasi PPgB Izzuan Othman sepanjang perkhidmatannya di Negeri Sembilan.
Seluruh warga JBPM Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan. Semoga terus cemerlang dan sukses di tempat baharu!

















