MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

22 Mac 2023 – YS PPjB Abdul Khair Bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan menghadiri Majlis Perhimpunan Bulan Mac 2023 di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2.

Majlis berlangsung dengan dalam penuh istiadat Kebombaan, ketibaan YS Pengarah disambut oleh Timbalan Pengarah PgKB I Ruhisha Haris dan Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran PgKB II Abu Bakar bin Abd Kadir. Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon, Ketua-Ketua Balai, Pegawai-Pegawai Kanan & Kakitangan JBPMNS.Perutusan daripada YS Pengarah kepada wargakerja JBPMNS agar menghayati serta menyahut:-

-Amanat dari YBhg Ketua Setiausaha Negara berkonsepkan “G.R.E.A.T” (Good Governance, Responsible, Empathy, Accountable dan Tenancy of purpose)

-Amanah dari YAS Ketua Pengarah JBPM untuk sama-sama fokus kecemerlangan JBPM berkonsep “THE BEST” (Teamwork, High Performence, Empathy, Brilliant, Ecosystem, Systematics, Timely) dan menekankan konsep dari YB Menteri KPKT “ABCD” (Amanah, Adil dan Arif, Bersih dan Bela, Cekap, Cergas dan Cepat, Disiplin) dalam kerja seharian.

Selain itu juga YS Pengarah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada ‘Wira Bomba’ dalam menyelamatkan mangsa kebakaran Rumah, Misi Penyelamatan Bencana Gempa Bumi dan Runtuhan Bangunan di Turkiey, serta penyerahan Mork Cheque Pampasan Insurans Berkelompok KESATUAN (Kematian) kepada Balu Arwah PBK II (KUP) Rosman Othman. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada pengamal-pengamal media yang sudi hadir bagi membuat liputan mengenai perkembangan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan kepada orang awam dari masa ke semasa.

Sekian terima kasih

English EN Malay MS
Skip to content